Madu Kelulut

Madu Kelulut Original

kebaikan madu kelulut asli
Madu kelulut adalah madu asli yang dihasilkan oleh lebah kelulut yang tidak bersengat seperti lebah madu biasa dan ia terdapat di semua kawasan tropika dan sub tropika dunia iaitu Asia Tenggara, Afrika dan lain-lain lagi. Sarang lebah kelulut sangat kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah asli. Propolis adalah bahan semulajadi ataupun campuran resin yang dihasilkan oleh tunas pokok dan sumber botani lain oleh madu lebah.

Untuk pengetahuan anda, propolis bermaksud pelindung sarang yang bersifat antibiotik, anti bakteria dan anti kulat. Ia mencegah kulat dan bakteria lain menghampiri sarang dan melindungi sarang lebah kelulut dengan kuat. Dengan perlindungan daparida propolis yang sangat kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral, madu lebah kelulut juga sangat berkualiti dan mempunyai pelbagai khasiat.


kenapa madu kelulut ada kebaikan
Madu kelulut sangat kaya dengan pelbagai zat dan ia dihasilkan oleh lebah-lebah kelulut yang terdiri daripada pelbagai spesies. Tahukah anda madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut ini lebih berkhasiat daripada madu lebah biasa? Sudah tentu! Ia telah dikaji dan terdapat perbezaan antara kandungan madu dan keasidan madu lebah kelulut berbanding madu lain. Madu kelulut mempunyai asid fenilpropionik dan asid P-coumaric yang dapat mengurangkan risiko kanser dan penyakit tertentu. Mari kita lihat khasiat dan kebaikan madu kelulut.

1. Membekalkan Tenaga
kebaikan madu kelulut bekalkan tenaga
Madu kelulut terbukti membekalkan tenaga kepada anda sama ada lelaki mahupun wanita. Ia terbukti dapat meningkatkan tenaga dalaman dan luaran di mana anda tidak akan letih, penat dan lemah lagi dalam membuat aktiviti seharian, meningkatkan tenaga batin dan seksual, meningkatkan kesuburan hormon dan kualiti sperma lelaki dan juga menjadikan anda lebih sihat dan kuat.

2. Melindungi Dan Merawat Kanser
kebaikan madu kelulut rawat kanser
Asid yang terkandung di dalam madu asli kelulut ini berfungsi merawat kanser teru- tamanya kanser perut, payudara dan lain-lain lagi. Ia mempunyai kandungan asid fenilpro- pionik dan asid P-coumaric yang sangat kaya dengan anti oksidan dan bersifat anti radang yang boleh menghilangkan pembentukan kanser. Sel-sel kanser yang membiak dan telah lama ada juga dapat dikurangkan dan dirawat dengan baik. Mudah dan hebatkan?

3. Mencantikkan Kulit Wajah Dan Badan
kebaikan madu kelulut untuk cantik
Madu kelulut yang kaya dengan vitamin, mineral dan zat semulajadi menjadikan madu ini bersifat anti penuaan, anti radang, anti kanser dan juga sangat kaya dengan anti oksidan. Sifat madu kelulut ini menjadikan tubuh badan anda makin sihat dan kulit wajah makin cantik. Ia akan melambatkan proses penuaan dan kedutan dimana ia menyalurkan segala zat ke dalam kulit anda justeru membolehkan kulit menjadi lebih anjal, halus, cerah dan cantik.

4. Merawat Sel Dan Luka Rosak
kebaikan madu kelulut rawat luka
Madu kelulut dapat merawat sel-sel kulit yang rosak justeru ia akan menghasilkan sel-sel baru. Luka rosak dalaman dan luaran akan mudah di rawat kerana sel-sel baru akan mem- bentuk dengan sempurna. Pentingnya mengambil madu kelulut dalam kehidupan anda kerana ia juga akan merawat luka-luka seperti jerawat, parut, luka akibat bersalin, luka akibat kencing manis dan sebagainya.

5. Mengawal Gula Darah Dan Menurunkan Kadar Glukosa
kebaikan madu kelulut turunkan gula
Terlebih gula di dalam darah mengakibatkan berlakunya penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, saluran buluh darah tersumbat dan sebagainya. Pengam- bilan madu kelulut dapat mengawal gula darah dan menurunkan kadar glukosa di dalam badan justeru ia akan merawat masalah organ dalaman seperti ginjal dan sebagainya.

6. Menstabilkan Mental Dan Emosi
kebaikan madu kelulut stabilkan emosi
Sekiranya anda mempunyai masalah atau jenis yang sangat sibuk, pengambilan madu kelulut dapat menstabilkan emosi anda di mana anda akan lebih tenang dan tidak tertekan seperti selalu. Emosi anda akan lebih stabil kerana khasiat madu kelulut bukan sahaja dari fizikal, tetapi juga aalaman emosi dan mental.

7. Meningkatkan Kesuburan Dan Mengimbangkan Hormon
kebaikan madu kelulut tingkatkan hormon
Madu kelulut boleh mengimbangi hormon badan seseorang seperti wanita yang men- galami haid dan sebagainya. Selain itu, ia juga bertindak meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita dari segi hormon estrogen dan testosteron. Hebatnya, madu juga merupakan salah satu makanan sunnah yang ramai orang amalkan bagi ikhtiar hamil.

Rahsia pengambilan madu kelulut

BILA sebut lebah, pasti anda terbayangkan madunya. Buat pengetahuan anda, lebah berasal daripada pelbagai spesis yang berbeza.

Namun lebah yang terbaik adalah kelulut, ia juga digelar sebagai meliponini. Ia lebah yang tidak bersengat dan menghasilkan madu sama seperti lebah-lebah madu yang lain.
Terdapat hampir 500 spesis kelulut di seluruh dunia, di antaranya adalah Trigona laeviceps, Trigona apicalis dan sebagainya.

Kali ini Femina kongsikan manfaat daripada pengambilan madu kelulut ini.

1) Mencegah dan mengawal sel kanser
2) Meningkatkan pengeluaran hormon
3) Meningkatkan daya tahan tubuh

4) Melancarkan peredaran darah
5) Memperkuatkan fungsi otak serta kecerdasan minda 6) Mengendurkan urat-urat yang tegang
7) Memperbaiki sel tubuh yang rosak
8) Menghilangkan rasa letih
9) Meningkatkan metabolisma badan
10) Menyembuhkan luka selepas pembedahan.

Keajaiban madu kelulut herba

https://www.hmetro.com.my/node/23409

Khasiat madu terbukti menerusi kajian saintifik

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/03/402243/khasiat-madu-terbukti-meneru si-kajian-saintifik