Rahsia Khasiat Daun Bidara Yang Ramai Orang Tak Tahu, Patutlah Dalam Perubatan Islam Digunakan Untuk Halau Jin
Sebagaimana tumbuh-tumbuhan lain yang disebut dalam Al-Quran, bidara juga disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga, pasti pokok bidara mempunyai keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri. Sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya.
Pokok Bidara atau nama saintifiknya, Z. mauritiana, merupakan sejenis pokok renek malar hijau yang tumbuh dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang berdiameter 40 cm atau lebih, rimbun daunnya, berduri dan dahan yang rendang, bewarna hijau gelap, berkilat di sebelah atas dan hijau-pucat hingga hijau-kelabu di bahagian bawah, bergantung kepada iklim.
Pokok bidara cepat tumbuh dan mula menghasilkan buahnya dalam tempoh tiga tahun. Buahnya lembut, berair dan berbiji. Buahnya masak pada masa berlainan, walaupun pada pokok yang sama.
Buahnya berwarna hijau bila muda, kuning ketika masak dan merah ketika matang sepenuhnya. Ia lembut, berair berkulit kedut dan mempunyai aroma yang amat menyenangkan.
Rasanya manis dan masam-masam-manis. Tekstur isi dan rasa menyerupai epal, apabila mengkal isinya putih dan ranggup, berasid hingga separa asid tapi manis.
Buah yang terlalu masak kurang ranggup dan seperti bertepung, buah terlebih masak pula berkedut, isi bewarna krim, lembut, berspan dan hapak. Pada mulanya aroma seperti epal dan menyenangkan, kemudian berubah menjadi hapak.
BIDARA DALAM AL-QURAN
Sidratul Muntaha digambarkan sebagai Pohon Bidara yang sangat besar, tumbuh mulai Langit Keenam hingga Langit Ketujuh. Dedaunannya sebesar telinga gajah dan buah-buahannya seperti bejana batu.
Menurut Kitab As-Suluk, Sidrat al-Muntahā adalah sebuah pohon yang terdapat di bawah ‘Arsy, pohon tersebut memiliki daun yang sama banyaknya dengan sejumlah makhluk ciptaan Allah.
Allah berfirman dalam surah An-Najm 16; “Ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.” (an-Najm, 53: 16)
Dikatakan bahawa yang menyelimutinya adalah permadani terbuat dari emas. Jika Allah memutuskan sesuatu, maka “bersemilah” Sidratul Muntaha sehingga diliputi oleh sesuatu, yang menurut penafsiran Ibnu Mas’ud r.a. adalah “permadani emas”.
Penjelasan tentang Sidratul Muntaha dalam hadis-hadis tentang Isra Mi’raj tersebut hanyalah berupa gambaran (metafora) sebatas yang dapat diungkapkan kata-kata. Hakikatnya hanya Allah yang Maha Tahu.
Penggunaan daun bidara adalah sunnah Rasulullah SAW. Pohon bidara (sidr) disebut sebanyak 2 kali dalam kitab suci Al Quran iaitu:
Surah Saba, ayat 16:
“Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.”
Surah Al-Waqia, ayat 28:
“Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.”
KAJIAN KLINIKAL KHASIAT BIDARA
Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok Bidara.
Hasil Kajian dari Jodhpur National University, Bidara mengandungi;
Antioksidan – flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin.
Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi) .
Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL).
Mengandungi Carotene, Kalsium, besi, fosfurus Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.
Sifat-sifat perubatan Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati).
Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol. Berkesan melawan oxidative stres yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser. Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.
Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji. Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).
Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen) dan Anti radang (Anti-inflammatory).
Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia). Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coli Tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.
Khasiat pohon bidara;
Daun – penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid.
Buah – masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman. Biji – loya dan muntah, radang sendi, cirit-birit.
Bunga – losyen untuk mata . Kulit – cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis).
Akar – gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan.
KEGUNAAN BIDARA DALAM ISLAM
Sebagaimana tumbuh tumbuhan lain yang disebut dalam Al-Quran pasti bidara mempunyai keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri. Tambahan lagi ia disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga.
Memandikan jenazah
“Mandikanlah dengan mengguyurkan air yang dicampur dengan daun bidara tiga kali, lima kali atau lebih dari itu jika kalian anggap perlu dan jadikanlah yang terakhirnya dengan kafur barus (wewangian).” (HR. Bukhari no. 1253 dan Muslim no. 939).
Mandi dengan air yang dicampur daun bidara untuk wanita haid yang akan bersuci
‘Aisyah secara marfu, “Salah seorang di antara kalian (wanita haid) mengambil air yang dicampur dengan daun bidara lalu dia bersuci dan memperbaiki bersucinya. Kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya seraya menggosoknya dengan gosokan yang kuat hingga air masuk ke akar-akar rambutnya, kemudian dia menyiram seluruh tubuhnya dengan air. Kemudian dia mengambil sehelai kain yang telah dipalit dengan minyak kasturi lalu dia berbersih darinya.” Aisyah berkata, ”Dia menyapukan tanah kepada bekas-bekas darah.“ (H.R. Muslim no. 332 dari’ Aisyah)
Mandi dengan air yang dicampur daun bidara untuk mualaf
Hadis Abu Hurairah r.a. yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim tentang kisah Tsumamah bin Utsal r.a. yang sengaja mandi kemudian menghadap kepada Nabi SAW untuk masuk Islam.
“Saya mendatangi Nabi SAW untuk masuk Islam maka Nabi memerintahkan kepadaku untuk mandi dengan air dan daun bidara.” (HR. Ahmad 5/61, Abu Daud no. 355, An-Nasa`i 1/91, At-Tirmidzy no. 605 dan dishohihkan oleh Al-Albany dalam Shohih At-Tirmidzy 1/187
“Beliau masuk Islam, lantas Nabi SAW memerintahkannya untuk mandi dengan air dan daun sidr (daun bidara).” (HR. An Nasai no. 188, At Tirmidzi no. 605, Ahmad 5/61. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)
MERAWAT GANGGUAN JIN DAN SIHIR
Pohon Bidara (Sidr) diketahui ramai sebagai penawar untuk gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya. Ia telah disebut di dalam Surah As-Saba’ ayat 16, Surah Al-Waqiah ayat 28.
Dikatakan juga, apabila Nabi Adam a.s. ketika jatuh ke bumi, buah pertama yang dimakannya ialah buah Bidara atau nabaq dalam bahasa Arab.
Di dalam Surah An Najm, dalam ayat-ayat 13 dan 16 ada disebut tentang Sidratil Muntaha, tempat di langit tertinggi iaitu langit ke tujuh. Rasulullah SAW telah dibawa ke sini semasa perjalanan Mi’raj dan Baginda telah melihat sendiri pelbagai kebesaran Allah di sana. Antaranya terdapat Pohon Bidara yang teramat besar dan kecantikannya hingga tidak dapat diceritakan. Setiap daunnya sebesar telinga gajah, buahnya sebesar tempayan. Akar-akarnya menjalar ke bawah sehingga ke langit ke enam. Dari batang pokok, air seperti sungai mengalir keluar, dengan rasanya yang sangat nyaman.
Daun ini Insyaa Allah boleh digunakan untuk mengubati sihir dan gangguan jin, yakni daun bidara. Al-Quran menyebutkan daun bidara di beberapa ayat:
“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri..“(QS. Al-Waqi’ah (56): 27-29)
“Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Bidara.” (QS. Saba: 16)
Bagaimana cara menggunakan daun bidara untuk mengubati sihir atau gangguan jin?
Wahb bin Munabih, salah seorang pemuka tabi’in yang ahli dalam sejarah dan ilmu perubatan menyarankan untuk menggunakan tujuh helai daun bidara yang dihaluskan.
Kemudian dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, surat al Kafirun, al-Ikhlas, al Falaq dan an Naas. (Lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13).
Al Qurtubi menceritakan dari Wahab untuk mengubati Sihir:
“Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan air yang telah dibacakan ayat-ayat dan juga dicampur bidara, dipakai untuk mandi, Insyaa Allah akan hilang sihirnya. Dan diutamakan membaca Al Falaq, An Naas, juga ditambah ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.“ (Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Pendek halaman 171)
JENIS-JENIS POHON BIDARA
Beberapa jenis pokok dipanggil bidara dalam masyarakat kita. Namun yang mana satukah bidara yang disebut dalam Alquran dan hadis?
Antara jenis pokok yang panggil bidara ialah:
Bidara upas – Merremia mammosa.
Bidara laut – Strychnos lucida.
Bidara china – Ziziphus jujuba.
Bidara epal atau epal india atau epal vietnam – Ziziphus mauritiana.
Bidara kampung/bidara duri – Ziziphus spina-christi.
Bidara tidak berduri mempunyai buah yang pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk bujur, lonjong, bulat dan obovate. Isinya berwarna putih, sedap, manis dan ranggup. Kulit buah bidara pula licin, berkilat, nipis tetapi isinya padat.
Daun bidara yang berduri pula digunakan oleh perawat dalam rawatan islam untuk membantu pesakit yang terkena gangguan jin dan makhluk halus.
Bidara sidr yang disebutkan di dalam sunnah ialah bidara yang berduri, dikenali dengan nama bidara duri, bidara kampung atau bidara arab. Nama saintifik bidara sidr ialah Ziziphus spina-christi.
Semoga memberi manfaat.
20-kelebihan-bidara
Sebagai umat islam, semua kegiatan dan gerak-gerik kita sehari-hari sudah diatur secara lengkap oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Mulai dari bangun tidur sampai tidur lagi. Bahkan untuk urusan jenazah pun sudah dijelaskan tata caranya.Di dalam hadis yang sudah disebutkan diatas disebutkan bahawa ketika kalian memandikan jenazah dianjurkan untuk menggunakan air yang dicampur dengan daun bidara. Di dalam daun bidara ada semacam kandungan alami untuk membersihkan kotoran.
Mungkin manfaat daun bidara untuk ruqyah adalah salah satu yang paling popular. Pada praktiknya. daun bidara digunakan dalam menangani masalah-masalah yang ditimbulkan oleh jin dan sihir-sihir yang dikirimkan oleh para ahli sihir dan dukun.Salah satu tabi’in yang ahli di dalam ilmu kedoktoran iaitu Wahab bin Munabih menyarankan untuk menggunakan tujuh lembar daun bidara yang ditumbuk hingga halus. Kemudian daun bidara yang sudah halus tadi dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, Al-Kafirun dan Tiga Qul iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas. (Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)Setelah dibacakan ayat-ayat tadi, air daun bidara tadi diminum dan air sisanya digunakan untuk mandi. In shaa allah penyakit-penyakit yang berasal dari gangguan jin dan sihir akan hilang.
Apabila ada orang yang terkena ujian gangguan jin dan sihir yang sudah teruk atau parah, hendaknya ia mengharap pahala atas musibah yang dialami seraya tetap terus berikhtiar dalam pengubatan.Berikut ini adalah kaedah yang dijelaskan oleh salah seorang ulama Arab Saudi yang bernama Dr. Said bin Ali bin Wahf Al-Qahtani Rahimahullah dalam buku beliau yang berjudul Ad-Du’a wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqo Hal. 35.Haluskan daun bidaradan campurkan ke dalam airBacakan ayat-ayat berikut kepada air (di luar bilik mandi)MembacaTa’awuz Ayat Kursi Al-A’raf ayat 117-122 Yunus ayat 79-82 Toha ayat 65-70 Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-NasMinum air tersebut sebanyak 3 kali.Gunakan sisa air untuk mandi.Lakukan cara ini yang beberapa kali sampai kesan dan pengaruh jin atau sihir hilang.
Selain dari dari membantu menyingkirkan cas negatif seperti gangguan jin, sihir, ilmu hitam dan saka; mandian daun bidara juga dapat membantu menyingkirkan sifat-sifat negatif pada seseorang itu. Sifat-sifat negatif yang dimaksudkan adalah seperti panas baran, malas melampau, darah gemuruh, hilang semangat, stress, kemurungan dan sebagainya.
Masalah yang banyak terjadi di dalam masyarakat adalah rumah yang di dalamnya banyak kejadian-kejadian aneh hasil dari perbuatan atau gangguan jin. Cara yang paling efektif adalah membacakan surah Al-Baqoroh seluruhnya.Hal ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, dari Abu Hurairah RA: “Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaiton lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqoroh di dalamnya.” (HR Muslim 780, At-Tirmizi 2877)Selain dibacakan surat Al-Baqoroh, anda boleh mengkombinasikan dengan campuran air dengan bidara yang telah dibacakan ayat-ayat ruqyah, ataupun dengan bacaan surat Al-Baqoroh tadi.Air bidara tadi kemudian dipercikkan atau disemburkan ke sudut-sudut rumah dan di tempat-tempat yang di rasa banyak terjadi gangguan.
Haid adalah proses keluarnya darah kotor melalui vagina sebagai pusingan bulanan wanita remaja hingga sebelum masa menopause. Biasanya yang membuat orang terganggu adalah bau darah haid yang tidak enak. Anda boleh menggunakan campuran air daun bidara untuk mengatasinya.Sebagaimana telah disebutkan dalam salah satu hadis, dijelaskan bahawasanya Rasulullah SAW memerintahkan untuk membersihkan kemaluan wanita setelah masa haid dengan daun tersebut.
Dalam hal haid, tidak semua wanita mempunyai pusingan yang normal. Ada sebahagian para wanita yang memiliki pusingan haid yang tidak teratur. Jika anda mengalami hal tersebut, anda bolehlah menggunakan daun bidara sebagai ubat herba yang diminum secara rutin. In shaa allah dengan rutin yang disertai dengan kesabaran, masalah haid anda akan dapat diselesaikan.
Memiliki wajah cantik, mulus dan bersih adalah dambaan setiap wanita. Memiliki wajah cantik tidaklah cukup kalau tidak sihat. Anda bolehlah menggunakan masker dari daun bidara untuk mendapatkan semua hal tersebut.Kecantikan memang hasil pemberian Allah. Namun ketika kecantikan yang diberikan tidak dirawat dengan baik, sama halnya dengan kita kurang bersyukur atas apa yang telah diberikan.
Siapa yang tidak runsing ketika di wajah kita banyak muncul jerawat? Perlu diketahui, selain untuk kecantikan, daun bidara juga boleh digunakan untuk mengatasi jerawat.Dengan daun bidara yang digunakan sebagai masker yang digunakan secara rutin, akan sangat efektif dan bermanfaat untuk mengatasi masalah jerawat.
Manfaat selanjutnya adalah daun ini boleh digunakan dalam penyembuhan luka. Mulai dari luka bakar, luka gores maupun luka-luka yang lainnya boleh kering dan sembuh dengan cepat kerana didalamnya terdapat suatu zat yang boleh membantu menghentikan pendarahan sehingga luka cepat sembuh.
Penyakit diabetes saat ini bagaikan berita yang menakutkan, kerana tidak hanya menyerang golongan tua namun juga boleh menyerang golongan muda juga tidak mengenal jantina. Bagi anda, keluarga anda, ataupun tetangga anda yang menderita diabetes, boleh mencuba ramuan daun bidara untuk membantu menurunkan kadar gula dalam darah.Untuk hasil maksima, minumlah secara rutin dan tidak lupa berdoa kerana yang Maha Menyembuhkan adalah Allah.
Jika anak-anak anda atau bahkan anda mengalami demam, daun bidara juga boleh digunakan sebagai ubatnya, dengan kaedah mandian.
Penyakit tumor dan kanser adalah penyakit yang saling berhubungan. Ketika Tumor jinak yang tidak dirawat akan menjadi tumor ganas yang disebut sebagai kanser. Kedua penyakit ini juga menjadi salah satu penyebab banyaknya kematian manusia. Dengan mengkonsumsi daun bidara secara rutin dapat mencegah bahkan mengatasi tumbuhnya tumor dan sel-sel kanser dalam tubuh anda.
Perut merupakan salah satu bahagian penting dalam tubuh kita kerana berfungsi sebagai tempat penampungan dan pengolahan makanan sebelum dihantar ke usus. Ketika perut kita bermasalah, akan menimbulkan banyak penyakit yang membuat kerja pengolahan makanan terganggu. Seperti penyakit maag, pedih perut, bahkan kanser.Dengan mengkonsumsi ramuan daun bidara secara rutin akan meminima penyakit yang mengganggu kerja perut.
Ejakulasi cepat merupakan penyakit yang paling menakutkan bagi para lelaki. Penyakit tersebut boleh menjadikan anda kemurungan kerana merasa hidup anda tidak berguna. Di luar sana, banyak ditawarkan ubat-ubatan untuk mengatasi ejakulasi cepat.Jika anda tidak mahu mengkonsumsi ubat-ubatan kimia, tidak ada salahnya jika anda mencuba menggunakan ramuan herba daun bidara. Selain menggunakan daun bidara, anda juga dapat menggunakan daun kelor kerana salah satu manfaat daun kelor juga dapat mengatasi penyakit disfungsi ereksi.
Di era moden seperti sekarang ini, kemurungan menjadi hal yang sering dialami oleh seseorang kerana banyaknya tuntutan dalam kehidupan. Gejala kemurungan harus segera ditangani agar tidak menjadi penyebab penyakit lainnya, baik berupa psikologi maupun fizikal.Anda boleh mencuba ramuan daun bidara sebagai mandian juga sebagai minuman, untuk mengatasi kemurungan. Di dalam daun tersebut mengandungi zat yang mampu membuat saraf anda berehat dan juga melancarkan aliran darah. Sehingga tubuh dan fikiran anda menjadi kembali tenang dan kemurungan anda akan beransur hilang.
Masalah rambut gugur adalah salah satu hal yang membuat rasa tidak senang dan juga akan mengurangkan rasa keyakinan diri. Masalah rambut gugur harus segera diatasi. Anda boleh menggunakan daun bidara untuk mengatasinya. Di salah satu hadis yang telah disebutkan di atas, disarankan oleh Rasulullah SAW untuk membasuh rambut sampai keakar-akarnya dengan campuran air dan daun bidara. In shaa Allah.
Selain digunakan untuk pengubatan, daun bidara juga dapat dijadikan sirap untuk minuman penyegar dan penghilang dahaga kerana sirap ini berasal dari tanaman herba, in sha allah baik diminum oleh semua orang.
Menurunnya selera makan akan menjadi masalah serius kerana boleh mendatangkan berbagai penyakit yang akan mengganggu kesihatan anda. Tidak hanya anak kecil, menurunnya nafsu makan juga boleh dialami oleh orang dewasa.Anda boleh menggunakan daun bidara sebagai peningkat nafsu makan. Ketika ini banyak dijual kapsul dan pil yang berasal dari ekstrak daun bidara. Anda boleh menggunakannya sebagai pengganti daun bidara segar.
Manfaat yang terakhir adalah boleh digunakan sebagai makanan tambahan haiwan ternak seperti kambing, lembu dan kerbau, kerana di dalam daun tersebut banyak kandungan vitamin dan mineral yang baik, yang sangat bagus dan bermanfaat untuk kesihatan ternakan anda.
https://alqayyum2u.com/blogs/artikel/20-kelebihan-bidara